Follow Dr Han :)

Dr Han endorsed

Tuesday, October 20, 2015

produk tiruan dan menipu?

 " if it is too good to be true ... it is probably fake ! "

amat menyedihkan situasi perubatan dan kosmetik di malaysia sekarang. Terlalu ramai produk2 kesihatan yang dikeluarkan  , yang overclaim boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Sifat peniaga2 yang mementingkan keuntungan semata2 menyebabkan ramai pengguna yang tertipu. Bukan saja, kehabisan wang ringgit, tapi pengguna mendapat kesan sampingan lain.

Banyak produk kesihatan sekarang, baik dalam bentuk kapsul atau minuman yang mengwar-warkan boleh menyembuhkan 1001 penyakit. Ade produk minumam yang katanya boleh menghilangkan darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung, gout - sekali gus. hebat sungguh produk ini. Pengguna yang tertipu mula membeli produk ini kerana kehebatan marketing company masing2 yang muncul dengan pelbagai testimoni daripada pengguna kononnya. Amat mengejutkan, dengan kepesatan IT dan teknologi sekarang masih ramai yang tertipu dengan produk2 begini,

Pelik sungguh rakyat malasyia
Kalau bab2 politik, isu 2.6 billion, sanggup baca 10 jenis akhbar berbeza utk dapatkan info sebenarnya
sanggup baca balik biodata seseorang itu hingga cgpa 3.85 , di hafal oleh semua rakyat malaysia
Tetapi bila bab2 perubatan , mudah percaya dengan iklan2 murahan,

Sebelum anda mencuba produk2 yang kononnya boleh sembuhkan 1001 penyakit dengan hanya memakan satu tablet produk mereka sekali sehari... cuba fikirakan baik2..
Di dunia ini, ade banyak syarikat farmasi yang hebat2. Contohnya  syarikat Pfizer dan Bayer. 2 syarikat farmasi international. Di makmal mereka ade beribu2 orang pakar farmasi dan doktor yang bekerja bertungkus lumas utk mereka mencipta ubat2 utk kegunaan manusia. Namun, sehebat2 mereka ini,  masih belum mampu utk hasilkan satu ubat utk 2 jenis penyakit. Contohnya, satu ubat utk penyakit kencing manis dan darah tinggi sekali gus. Menjadi kebiasaan utk orang Malaysia, ade darah tinggi dan kencing manis... combo terus. tapi syarikat2 seperti pfizer dan bayer x mampu nak reka ubat mcm tu...
tapi lagi hebat kilang2 ubat di malaysia
tanpa ada pakar farmasi atau doktor bekerja sepenuh masa di makmal kajian scientific mereka... kilang2 di malaysia dapat menghasilkan pelbagai jenis pil dan minuman yang boleh menyembuhkan 1001 penyakit.
hebat sungguh

Yang lagi hebat di Malaysia, anda tidak memerlukan sijil perubatan atau farmasi utk jadi pakar kesihatan. Sesiapa yang mempunyai wang utk menghasilkan produk di kilang2 ajaib di malaysia secara automatic menjadi pakar perubatan.
Pakar perubatan segera ini pon mula menjual produk2 mereka dgn "claim" mengatakan ubat2 mereka boleh menyembuhkan 1001 penyakit. yang mandul pon boleh beranak.
hebat sungguh...

orang malaysia
kalau paip bocor , panggil tukang paip
nak akikah anak , panggil tok imam
rumah terbakar panggil bomba
tapi kalau sakit.. guna produk2 online...

fikir2 kan lah sendiri
x salah nak berniaga
x salah nak hasilkan produk sendiri
berniaga ni sunnah nabi saw
tapi jangan sampai menipu orang
jangan over claim
produk bukan ubat
sebelum claim sesuatu utk produk anda, tepuk dada dulu,...
apa yang anda tau pasal perubatan....
sebarkan ilmu yang salah... dosa x habis makan nanti..