cerita baju melayu hijau...
al kisahnya, baju melayu hijau yang saya pakai 4 hari lalu ni.. sebenarnya dibelikan oleh mama saya pada bulan puasa tahun 2001 , iaitu lebih kurang 13 tahun yang lalu. 2 perkara menarik tentang baju ni..
no 1, saya dah berjaya turunkan berat badan , jadi mcm zaman remaja balik. baju ni saya pakai ketika berumur 17 tahun. so body saya skrang still body remaja
no 2.
baju ni mama saya belikan pada ramadan tahun 2001. ketika itu saya baru lepas ambik SPM. ambik SPM dlm bulan puasa. result x kluar lagi tapi mama amat yakin dengan anaknya sorang ni , jadi belikan la baju melayu berharga rm90 di bandar pasir puteh sbg hadiah awal2. alhamdulillah, keluar result spm 2001, dpt 9a dan dpt biasiswa , terus pergi luar negara..
cerita di sebalik semua ni....
saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. saya anak ke 3 daripada, 5 adik beradik lelaki. ibu bapa saya keje makan gaji. menjadi anak ke 3, saya mengalami sindrom anak tengah. rasa mcm mak ayah kurang beri perhatian kepada saya. mungkin sbb ketika saya tengah membesar, ade sedikit kekangan kewangan dalam keluarga ; ye lah, abang2 sibuk melanjutkan pelajaran di univerisiti, adik saya pulak ada masalah jantung yg memerlukan rawatan dan pembedahan di IJN. Jadi, ibu bapa saya memang sentiasa berjimat cermat. kami sekeluarga amat jarang makan di luar, setahun sekali nak merasa KFC atau yang famous masa saya membesar , A&W... nikmatnya waktu zaman kecil2 dulu kalau dapat makan ayam goreng kfc dgn air root beer ... nak pergi holiday tu memang jauh panggang dari api je la. tapi x kesah pon, rakan2 cuti sekolah di jalan2 kat KL. saya cuti sekolah kayuh basikal dengan kawan2 pergi mandi air terjun, lepas tu tangkap kura2, biawak dan ular, jual kt orang cina...
di sebabkan kekangan duit jugak, kami adik beradik x dpt merasa baju melayu baru setiap tahun. masa sebelum skolah, mama yang akan jahitkan baju melayu utk raya. bila dah masuk skolah, mama belikan baju melayu baru utk hari raya 2-3 sekali. saya masih ingat, ketika bersekolah, hanya ada baju melayu baru masa darjah 1, darjah 3 , tingkatan 3 dan last tingkatan 5. tahun2 yang tiada baju baru, saya hanya pakai baju melayu tahun sebelumnya atau pakai baju abang saya. tiada baju melayu bukan nak cakap ibu bapa saya x mampu, tapi ada perkara lain yang harus di utamakan pada waktu itu. wang yang bnyk diperlukan utk membesarkan kami 5 beradik, jadi baju melayu baru bukan lah keutamaan atau pon perkara penting. namun begitu, kami adik beradik tidak pernah komplen atau merungut kalau tiada baju melayu baru di hari raya sbb kami faham kesusahan ibu bapa kami. ayah x pernah lepak di kedai2 kopi atau keluar malam bersama rakan rakan. sentiasa duduk rumah. rokok x pernah hisap. jimat duit.
nak minitis air mata pulak tulis cerita ni, teringat kesusahan orang tua nak besarkan anak2... dengan gaji mereka yang x seberapa...x terbalas jasa meraka kepada kami semua...
kegigihan ibu bapa saya membesarkan kami semua, menjadi inspirasi utk saya berjaya sempai skarang. kegagalan bukan lah pilihan utk saya, saya kene kerja keras n kuat utk membalas jasa ibu bapa.
jadi, setiap kali saya pakai baju melayu hijau saya ni... memang akan menitis air mata. dah 13 tahun dah umur baju ni.. tapi masih di jaga cantik dan saya akan terus pakai baju ni selagi muat. 13 tahun dulu semasa mama saya beli baju ni dgn harga rm90, perasaan saya mcm dpt baju harga rm90000 kalau nak dibandingkan dengan keadaan saya skarang.
tujuan saya cerita semua ni, bukan nak memburukkan ibu bapa saya atau nak raih simpati. sekadar menjadi ingatan kepada kita semua tentang pengorbanan ibu bapa. sekadar ingatan, , bukan senang nak senang...
begitulah al kisah baju melayu hijau....

1 comment:
Hi Dr Han, maybe you can share some tips to survive med school ? An entry about it would be very nice .
Post a Comment