cerita baju melayu hijau...
al kisahnya, baju melayu hijau yang saya pakai 4 hari lalu ni..
sebenarnya dibelikan oleh mama saya pada bulan puasa tahun 2001 , iaitu
lebih kurang 13 tahun yang lalu. 2 perkara menarik tentang baju ni..
no 1, saya dah berjaya turunkan berat badan , jadi mcm zaman remaja
balik. baju ni saya pakai ketika berumur 17 tahun. so body saya skrang
still body remaja
no 2.
baju ni mama saya belikan pada
ramadan tahun 2001. ketika itu saya baru lepas ambik SPM. ambik SPM dlm
bulan puasa. result x kluar lagi tapi mama amat yakin dengan anaknya
sorang ni , jadi belikan la baju melayu berharga rm90 di bandar pasir
puteh sbg hadiah awal2. alhamdulillah, keluar result spm 2001, dpt 9a
dan dpt biasiswa , terus pergi luar negara..
cerita di sebalik semua ni....
saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. saya anak ke 3 daripada,
5 adik beradik lelaki. ibu bapa saya keje makan gaji. menjadi anak ke
3, saya mengalami sindrom anak tengah. rasa mcm mak ayah kurang beri
perhatian kepada saya. mungkin sbb ketika saya tengah membesar, ade
sedikit kekangan kewangan dalam keluarga ; ye lah, abang2 sibuk
melanjutkan pelajaran di univerisiti, adik saya pulak ada masalah
jantung yg memerlukan rawatan dan pembedahan di IJN. Jadi, ibu bapa saya
memang sentiasa berjimat cermat. kami sekeluarga amat jarang makan di
luar, setahun sekali nak merasa KFC atau yang famous masa saya membesar ,
A&W... nikmatnya waktu zaman kecil2 dulu kalau dapat makan ayam
goreng kfc dgn air root beer ... nak pergi holiday tu memang jauh
panggang dari api je la. tapi x kesah pon, rakan2 cuti sekolah di jalan2
kat KL. saya cuti sekolah kayuh basikal dengan kawan2 pergi mandi air
terjun, lepas tu tangkap kura2, biawak dan ular, jual kt orang cina...
di sebabkan kekangan duit jugak, kami adik beradik x dpt merasa baju
melayu baru setiap tahun. masa sebelum skolah, mama yang akan jahitkan
baju melayu utk raya. bila dah masuk skolah, mama belikan baju melayu
baru utk hari raya 2-3 sekali. saya masih ingat, ketika bersekolah,
hanya ada baju melayu baru masa darjah 1, darjah 3 , tingkatan 3 dan
last tingkatan 5. tahun2 yang tiada baju baru, saya hanya pakai baju
melayu tahun sebelumnya atau pakai baju abang saya. tiada baju melayu
bukan nak cakap ibu bapa saya x mampu, tapi ada perkara lain yang harus
di utamakan pada waktu itu. wang yang bnyk diperlukan utk membesarkan
kami 5 beradik, jadi baju melayu baru bukan lah keutamaan atau pon
perkara penting. namun begitu, kami adik beradik tidak pernah komplen
atau merungut kalau tiada baju melayu baru di hari raya sbb kami faham
kesusahan ibu bapa kami. ayah x pernah lepak di kedai2 kopi atau keluar
malam bersama rakan rakan. sentiasa duduk rumah. rokok x pernah hisap.
jimat duit.
nak minitis air mata pulak tulis cerita ni, teringat
kesusahan orang tua nak besarkan anak2... dengan gaji mereka yang x
seberapa...x terbalas jasa meraka kepada kami semua...
kegigihan
ibu bapa saya membesarkan kami semua, menjadi inspirasi utk saya berjaya
sempai skarang. kegagalan bukan lah pilihan utk saya, saya kene kerja
keras n kuat utk membalas jasa ibu bapa.
jadi, setiap kali saya
pakai baju melayu hijau saya ni... memang akan menitis air mata. dah 13
tahun dah umur baju ni.. tapi masih di jaga cantik dan saya akan terus
pakai baju ni selagi muat. 13 tahun dulu semasa mama saya beli baju ni
dgn harga rm90, perasaan saya mcm dpt baju harga rm90000 kalau nak
dibandingkan dengan keadaan saya skarang.
tujuan saya cerita
semua ni, bukan nak memburukkan ibu bapa saya atau nak raih simpati.
sekadar menjadi ingatan kepada kita semua tentang pengorbanan ibu bapa.
sekadar ingatan, , bukan senang nak senang...
begitulah al kisah baju melayu hijau....