Follow Dr Han :)

Dr Han endorsed

Sunday, May 18, 2008

Funny as it is...

this is a letter from a " medical student in malaysia" to the berita harian .... I'm sure lots of ppl already read this letter - but for those who didnt... Pls read carefully...

MELALUI ruangan ini, ingin saya mengutarakan pendapat. Mengapa perlu menghantar pelajar cemerlang STPM atau SPM keluar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sedangkan kita mempunyai universiti tempatan yang dahulunya setaraf Oxford apabila mengeluarkan pelajar perubatan?
Kerajaan membelanjakan banyak duit untuk menaja pelajar perubatan di luar negara. Pada pendapat saya, kerajaan mengalami lebih kerugian daripada keuntungan. Pertama, kos untuk melahirkan pelajar perubatan di luar negara memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk seorang pelajar. Ditambah lagi kenaikan elaun kepada 28 hingga 84 peratus seperti diumumkan dalam Bajet 2008 dengan kebanyakan pelajar perubatan menerima 84 peratus kenaikan berikutan meningkatnya kos sara hidup pelajar secara keseluruhan.
Kedua, kajian daripada ahli akademik dan juga doktor tempatan mendapati graduan luar negara tidak kompetitif, tidak mesra pada pesakit dan juga tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalikan kes klinikal contohnya, ambil darah, pemeriksaan perubatan.Ini adalah jelas kerana di negara di mana mereka belajar, pelajar perubatan tidak dibenarkan sama sekali untuk menyentuh pesakit, tidak seperti di negara kita.
Ketiga, pelajar perubatan keluar menjadi doktor pelatih dan belum tentu dia akan menjadi pakar apalagi ketua jabatan. Lebih baik menaja pelajar dalam bidang jurusan lain kerana dengan kos yang banyak itu, kita mampu melahirkan lebih banyak jurutera, peguam, akauntan dan mereka ini mungkin akan keluar menjadi ketua eksekutif (CEO) di sesebuah syarikat besar berkaitan kerajaan.
Keempat, graduan luar negara tidak berterima kasih pada kerajaan. Malah, bukan saja menjadi pembangkang di sana dan menghasut pelajar lain di sana, malah ada yang tidak balik ke Malaysia selepas tamat belajar demi mengejar gaji yang lumayan di luar negara.Sepatutnya kita menghantar pelajar yang berjaya ini ke universiti dalam negara agar kita tidak lagi membazir menghantar pelajar perubatan yang berasakan diri ini terlalu bagus.
Kelima, kita sudah terlalu banyak universiti atau kolej yang melahirkan pelajar perubatan. Kalaulah alasan kerajaan yang kita kekurangan doktor, maka dengan ini kita perlu menghantar pelajar luar negara, jelas sekali ia satu kata-kata yang tidak tepat sedangkan kita mempunyai lebih kurang 15 universiti tempatan awam dan swasta yang melahirkan purata 150 graduan perubatan setahun, bersamaan dengan lebih daripada 2,000 hingga 3,000 doktor setiap tahun.Adalah lebih baik menaja semua pelajar perubatan yang berada di institusi pengajian tinggi ini kerana kosnya jauh lebih murah iaitu kira-kira RM200,000 dan juga melahirkan doktor yang benar-benar berkualiti.
Barulah selepas ini kita tidak lagi mendengar kes bayi tangan putus dan sebagainya. Ingin saya jelaskan, kita sebenarnya bukan kekurangan doktor cuma doktor yang tidak mahu ke hospital yang jauh dari bandar. Kita sepatutnya meniru negara jiran Singapura, kerana mereka tidak menaja pelajar perubatan ke luar negara kerana sedar ia tidak akan memberi keuntungan kepada kerajaan dan juga rakyat.

MAHASISWA BIASA,
Fakulti Perubatan,
Universiti Malaya.
Surat Pembaca - Berita Harian, 06/05/08

ok? Done reading :)

Last week, at the ward -

Idham " have u read the letter at the berita harian online - about the medical students studying overseas "
Taka " owh, that one - the one condemning the oversea's students and why the government should stop sending students to study oversea? "
Hannan " mmmm... is it? "
Idham " yeah, that's the one .... bla bla bla bla bla "
Hannan " I couldnt be bothered... it's a foolish arguement "
Idham " but still , what he said was untrue and we should reply back! "
Hannan " no point dealing with that kind of ppl ... just wasting ur time ... totally pointless "
Taka " nevertheless , we should said something about that... "

That what happened last week and I didnt read the actual letter until last nite. After I carefully read the letter - I believe that I was wrong and taka n idham were right about this matter....

Needless to remind everyone here that I'm still a med student and I belong into the - pointless & wasteful - group mentioned in the letter above. I might not be the best person to comment on his letter , but since it's weekend and I'm pretty free... what the heck rite... let's write something ( However, I would love to hear comments from real doctors about the letter above)

Frankly , I always try to avoid writing anything " controversial " .. like this entry for instance.... I fully understood that what the "mahasiswa biasa" ( which I'll refer as mb ) wrote was a personal view. However, the fact mb was trying to tell the whole malaysia that we ( oversea's student ) - are pretty much pointless and a big waste of money , that really ticked me off.

Well... where do I start... :)

"Kerajaan membelanjakan banyak duit untuk menaja pelajar perubatan di luar negara. Pada pendapat saya, kerajaan mengalami lebih kerugian daripada keuntungan. Pertama, kos untuk melahirkan pelajar perubatan di luar negara memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk seorang pelajar"

- Simple -Malaysia is damn RICH. why started Perodua whereas malaysia already has proton? why built usm whereas there were already UKM n UM before? Why Malaysia government built embassies all over the world??? why ppl listen to indonesian music band instead of malaysian band? Everything has a reason dude... Like Nabil ( raja lawak 2 ) always said... Lu Pikir La sendiri.... ! , ok.. clearly "mb" just cant think..... here are some of the reason
1) because malaysian universities rite now just cant accomodate the mass amount of medical students and the teaching hospitals are still limited
2) therefore , oversea students could bring oversea's medical technique and technology back to malaysia
3) it's a diplomatic gesture. If malaysia doesnt send its students outside, why would other country send their students to malaysia..
4) hellooo "mb" , u think that our government didnt think about the pros and cons of sending medical student to overseas before they agreed for this "wasteful project"??? - are u saying that our ministers are stupid and u are totally in disagreement with their judgement? I'm confused... who's the opposition now?

Kedua, kajian daripada ahli akademik dan juga doktor tempatan mendapati graduan luar negara tidak kompetitif, tidak mesra pada pesakit dan juga tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalikan kes klinikal contohnya, ambil darah, pemeriksaan perubatan.Ini adalah jelas kerana di negara di mana mereka belajar, pelajar perubatan tidak dibenarkan sama sekali untuk menyentuh pesakit, tidak seperti di negara kita.
1) do u have any written prove of this particular statement??? sighh......

Ketiga, pelajar perubatan keluar menjadi doktor pelatih dan belum tentu dia akan menjadi pakar apalagi ketua jabatan. Lebih baik menaja pelajar dalam bidang jurusan lain kerana dengan kos yang banyak itu, kita mampu melahirkan lebih banyak jurutera, peguam, akauntan dan mereka ini mungkin akan keluar menjadi ketua eksekutif (CEO) di sesebuah syarikat besar berkaitan kerajaan.
1) and yet... mb is doing his medical degree...

Keempat, graduan luar negara tidak berterima kasih pada kerajaan. Malah, bukan saja menjadi pembangkang di sana dan menghasut pelajar lain di sana, malah ada yang tidak balik ke Malaysia selepas tamat belajar demi mengejar gaji yang lumayan di luar negara.Sepatutnya kita menghantar pelajar yang berjaya ini ke universiti dalam negara agar kita tidak lagi membazir menghantar pelajar perubatan yang berasakan diri ini terlalu bagus.
me - it's getting funnier..... cant stop laughing... help me...

Kelima, kita sudah terlalu banyak universiti atau kolej yang melahirkan pelajar perubatan. Kalaulah alasan kerajaan yang kita kekurangan doktor, maka dengan ini kita perlu menghantar pelajar luar negara, jelas sekali ia satu kata-kata yang tidak tepat sedangkan kita mempunyai lebih kurang 15 universiti tempatan awam dan swasta yang melahirkan purata 150 graduan perubatan setahun, bersamaan dengan lebih daripada 2,000 hingga 3,000 doktor setiap tahun.Adalah lebih baik menaja semua pelajar perubatan yang berada di institusi pengajian tinggi ini kerana kosnya jauh lebih murah iaitu kira-kira RM200,000 dan juga melahirkan doktor yang benar-benar berkualiti.
me - dude.. it seemed that u are really desperate to be the health minisiter... way to go!

Barulah selepas ini kita tidak lagi mendengar kes bayi tangan putus dan sebagainya. Ingin saya jelaskan, kita sebenarnya bukan kekurangan doktor cuma doktor yang tidak mahu ke hospital yang jauh dari bandar.
me - i'll just let the real doc answer this question... Dr Rizhan.. Dr Shah... Dr Natrah.. DBI? maybe a few words from the REAL docs!

Kita sepatutnya meniru negara jiran Singapura, kerana mereka tidak menaja pelajar perubatan ke luar negara kerana sedar ia tidak akan memberi keuntungan kepada kerajaan dan juga rakyat.
- what a smart ass......

Well, frankly - there's nothing much I could say about this letter....to "mb" - good luck!
I believe - any sober human being would know which one is rite , which one is not after reading his letter.... funny as it is...

9 comments:

Witty Angel said...

erkkk??????
tidak mesra pada pesakit>>>erk rasenye kiteorg lagi mesra kot..huhu..from my experiences la..xtau la waktu tu saye follow students yg xmesra..ngeee..budak ni sedih n frust kot die xleh p o/c zaman dulu2..ngeeeeeeee....

dr hapizi said...

ermm..let me give my personal view here..a few lines..

having graduated from local U and served in govt hosp many years,..probably u all (local or oversea)..yg masih lg medical student..belum 'nampak' dunia luar. jd masing2 'perasan' bagus..hehe..
samalah...kat local u pun...budak UM perasan lg bagus....budak ukm plk perasan dia lg pandai...bla bla bla..

tapi believe me..once u all jd HO and later on MO n speciallist...takde lagi sentimen-sentimen mcm ni...weather u grad from local ke, indon ke india ke uk ke moscow ke....sama je..

maybe those grad from luar tu ambik masa few weeks or months utk sesuaikan diri dgn suasana hospital dan karenah pesakit di sini...lepas tu evrything will be the same.

I had the feeling penulis surat tu ialah mahasiswa junior UM yg menulis terlalu emosional.just forget n forgive him/her...

anyway my personal view..probably its more appropriate to do undergrad in local n postgrad in overseas. we hardly see any multiple sclerosis, cystic fibrosis,churg- strauss sndrome etc here.

the wards were flooded with uncontrolled diabetes, hypertension, chest infection, dengue, renal failure, PUO,asthmatic, COAD etc etc whose basically know nothing about their disease.

...and we dont need 'high-tech' diagnostic tools as you might have learned 0/c to diagnose and treat these majority of patients..hehe..

anyway...all the best and get to work soon. see ya!

Mazza Homemade Cookies said...

hai hannan,

interesting topic...& teringin nak bagi sedikit komen. I am not a medical doctor but this comparing of local & overseas grad is not only happaned in medical but other field as well.

I'm agree with you that gov must have its own reason of sending students to do medic oversea..salah satunya mungkin untuk expose student kita dengan working culture and belajar tech2 baru...

x salah belajar & bawak balik ilmu2 dan amalan2 yg baik & berguna..like what al-kindi said.."We ought not to be embarrassed of appreciating the truth and of obtaining it wherever it comes from, even if it comes from races distant and nations different from us"..

And my personal opinion we should instead sent more people in the field of science and tech. overseas..just look what China & India is doing, they have the largest population of student in US & Europe...even british has start sending their best student to US.. and if we are going to stop, we should stop sending student just to learn about arts & routine job like laws (we do have our own laws anyway..why should we learn from british..huh!), accauntancy (just to learn debit & credit & account balance?)..we need more doctor & engineers, to make our nation progress..

And that MB is just a jealous guy..just don't bother of what he said...

Gud luck for your hannan & and all the doctors there..

wénkt said...

wah wah wah

tiap kali aku ke hospital, sure aku kene tgk list doktor dulu, cari doktor yg pernah belajar kat luar.. terutama india or australia or ireland (sbb i know mutu mereka better)

dan hospital mmg kene kasi list.. kalau tak caya, sila ke Prince Court, they all akan tanya doktor mana yg korang prefer..

kasi kan nama budak MB tu, biar aku taja dia ke Moscow for 2 weeks biar sekelas dgn korang. terus terbuka hatinya nanti dengna pengajian di luar negara... at least kalau dia still suka belajar kat UM dalam Bahasa Melayu dan only BahaSa Melayu (or Bahasa Malaysia)

apa2 lah
yg penting, ko balik nanti, jadi doktor aku
TQ

DBI said...

salam hannan,

aiyo...macam tajuk bahas menengah rendah ni... belajar didalam negeri lebih baik dari luar negara.... :-P

tak kiralah di mana pun belajar, yang penting ilmu yang kita dapat..boleh kah di gunakan untuk manafaat semua...
itu semuanya bergantung kepada attitude individu..ada pelajar local bagus, ada pelajar oversea bagus...macam macam..

natrah said...

hannan,

hmmm quite a hot topic ya..:)
Personally I think wherever you were trained doesn't matters...yg penting ur attitude..and again from my experience tak semestinya u are good masa you student you'll be a good and caring doctor..and you mungkin takkan jd lousy doc even you did badly masa you student :)
Hannan..I think mb tu tgh stress kot kan sekarang ni tgh nk final exam kan?...hehhehehehe just forgive him/her lah...

rizhan said...

bro hannan...
apa yang i nak cakap dah dicakapkan oleh commenter di atas...
My personal experience - it doesnt matter whether you studied o/c or local - ur attitude would determine whether you would be a good or lousy doctors. Then knowledge comes - i believe that if u have good attitude then sufficient knowledge would follow.

I have had lousy local doctors working under me or with me....dari UM pun ada sorry 2 say. Knowledge pun hancuss...And i have had lousy doctors from o/c as well tak kira le india ke ireland ke ukraine ke....So gitulah..i have had brilliant one too - some locals some o/c....

And to Mr MB - i studied undergrad o/c - and manage nak jadi doktor pakar with local master programme....os nothing is impossible....
So u better be a doctor first than you can write again okay...

Miss Reen said...

Hep!
we deserved what utk ke luar negara to further study kan kan sumer kan?
hahahaha...
during my time in late 90's..
kiterorang pegi beramai ramai..
seb baek i nie last batch utk wat twinning..
yes.. gov spend so much money for us.. to educate us...
it doesn't mean that local uni nie tak besh...
cuma masa tuh... aku sonok la menjadi salah sorang yg terpilih..
hehehehe...

regarding doctors yg blajo kat local u and oversea...
i hv 1 story to share..
my mum is a *tut*...
in my younger day..
my mum sker ambek i jadi bahan exprimen..
she called up the future doctors..
doctors yg tgh wat housmanship nie.. selalunya yg dari local uni la kan...
then my mum suh dierorang check i..
ptuihh...dierorang bole pandang je..then tanya i sakit apa?
kalo i tau i sakit apa..baek i jadi doctor...
dierorang geli nak sentoh i pun..
my mum tanya napa..
they said 'takot berjangkit'
aduhhh...bengap pun ye... gloves kan ada...
ekceli i was born with this dry skin.. hehehe...
u all paham tak apa i nak citer?
jgn takot sentoh pesakit kalo nak jadi doctors...
kalo takot, geli, jijik... takyah jadi doctors..
hope that dr. hanan & the gang jadi doctors yg baek...

Shah said...

Sorry for the delay in posting a comment here :-)

In my opinion it's unfair to generalize the way the writer has done. To be fair - it doesn't matter if you're educated overseas or locally, there will always be docs who don't perform up to their expected level. It's not because of their place of education but rather their own attitudes. Local ke overseas ke kalau someone tu jenis yang tak kisah pasal education and clinical exposure masa student, then masa dah jadi HO nanti sure kualiti kerja pun lemah. Kebanyakkan akan improve selepas beberapa bulan berkerja. Apa yang dibelajar kat Med School mungkin hanya 50% je membantu masa mula berkerja nanti - selebihnya apa yang dibelajar masa HO so kalau masa jadi HO pun pemalas & jenis tak nak belajar tugasan klinikal, sampai bila pun tak akan improve tak kira la samada educated overseas ke locally.